Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Wednesday, December 31, 2008

Outing Hujung Tahun 2008-30hb Dis 2008



Syabas saya ucapkan kepada fotografer-fotografer muda yang telah hadir dipetang tersebut.Semangat awda amat saya hargai dan tidak mustahil suatu hari awda akan menjadi fotografer pro... Outing kali hujung tahun ini adalah Hasil dari inisiatif Mr.Han ( Rose Photo Studio Tutong) yang dihadiri fotografer senior dari Persatuan Jurufoto,GemilangFoto (Persatuan Gemilang Daerah Tutong) dan rakan muda dari BruneiForever.

Dikesempatan ini saya ucapkan:

Selamat menyambut Tahun Baru 2009

Disebalik tabir pengambaran persediaan Anugerah RTB

Sesi fotografi bersama penyampai berita,artis-artis tempatan,DJ radio dan pelakon tanah air berjalan dengan jayanya selama empat hari berturut-turut. Terima kasih kepada pihak siaran kita RTB kerana memberi kepercayaan saya dan rakan-rakan dari gemilangfoto untuk shooting kali ini.

Aksi fotografer junior HAFIZ AH dari blog weddingbrunei bersama saya ketika menjayakan misi ini
Aksi gambar ramai kami ketika habis sesi fotografi sebelah pagi dan akan disambung lagi sebelah petang.
Bergambar sama dengan Zul.F (P2F) dan lihatlah aksi menarik kami. Semacam saja rasanya kebiasaan memetik kamera kini saya pulak menjadi model. Terima kasih Zul.F

Nana mengayakan pose-posenya ....Ju Ju tengah memerhatikan, saya dan Hafiz tengah ketawa. Sangat seronok sesi-sesi pengambaran kami yang penuh dengan humor dari kalangan artis, pelawak tempatan, Dj-Dj radio kita yang hadir.


Aksi AJ memetik kameranya dengan format gambar hitam putih kegemarannya. Your black&WHite pictures cun lah bro....

Sunday, November 23, 2008

Me,Kota Kinabalu & Seafood

Permandangan Laut China Selatan yang indah ketika pagi melalui jendela Hotel Promenade ketika saya berkunjung minggu lepas ke Ibu kota Sabah bersama keluarga hanyalah mengubat rindu saya akan masakan makanan laut yang bermacam jenis. Lagi pun dah lama tak berkunjung untuk melihat perubahan pembangunannya.

Kembali kepada makanan laut, malam pertama saya hanya berkunjung ke restoran bersebelahan dengan hotel tempat saya menginap. Lazimnya saya akan memilih makan laut yang belum pernah saya cuba sebelumnya satu hidangan dan lainnya pilihan keluarga.
Salah satu yang saya pilih ialah seperti gambar diatas ini dan tak tahu saya akan namanya.Bagi saya ianya adalah lipan laut....sedapppp dengan deep fry.

Aksi anak kembar saya ketika menyaksikan bermacam jenis hidangan laut yang untuk dipilih.

Hari keduanya pulak saya berkunjung kesebuah tempat kira2 40 minit perjalanan ke utara iaitu berdekatan dengan Karambunai resort. Mengikut penduduk tempatan ianya juga mensajikan hidangan laut dengan harga yang jauh lebih murah dari restoran di ibu kota nya. Dua tempat yang dimaksudkan ialah Saluk seafood centre dan Gayang seafood centre. Saya memilih Saluk kerana simpang masuknya terlebih dahulu tiba jika dibandingkan dengan Gayang kira2 lima minit lagi perjalanan.Mungkin esok lagi saya berkunjung ke tempat yang satunya.

Perlintasan jalan masuk terdapat berpuluh kolam udang yang diusahakan oleh pengusaha restoran dan setibanya disitu terdapat mini zoo kecil Saluk SeaFood Centre.

Inilah rupa restoran itu yang dibina diatas ayer seperti rumah kampung ayer kita diNegara Brunei Darussalam. Ianya seperti dikuala masuk sungai berdekatan dengan laut. Keluasan restoran ini boleh menampung beratus pengujung dalam jangka satu masa.

Akuarium kecil yang mempamerkan ikan laut yang bolih dijadikan hidangan kita.Tak ingin kah awda merasa kerapu baranya yang merah menyala?...

Mmmmmppppp...inilah isi kerapu Bara yang telah dimasak dengan daun bawang. Tukang masaknya telah membuang semua tulangnya dan kita selesa memakan isinya yang sedap dan manis.

Ini lah yang dimaksudkan sedap... penuh mangkuk diatas meja. Hari yang seterusnya saya akan berkunjung ketempat lain untuk merasa masakan restoran seafood yang lain lagi..Bye.

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


MOHON MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP.........BERHATI2 LAH KETIKA MEMANDU KETEMPAT YANG DITUJU.

Thursday, September 18, 2008

Lalat


Lalat A: Kalau terer terbanglah dengan matamu yang ku tutup.
Lalat B: No problem brader...kalau terlanggar pokok bukan aku seorang yang sakit.

Thursday, September 4, 2008

Saturday, August 23, 2008

Mating season

Outing Trip to Selirong Island

Kali ini saya berpeluang mengikuti rakan rakan dari BSRC fotografi yang mengadakan rombongan mengambar ke pulau Selirong. Sudah lama hajat nak kesana namun hari ini cita2 membawa kamera outing tercapai juga. Ikutilah gambar2 saya secara ringkas ketika ke Pulau Selirong.

Perjalanan bermula dari Jeti perumahan Sungai Bunga setelah teman2 semua hadir. Dibawah adalah aksi teman untuk mendapat gambar dari sudut terbaik.


Terima kasih juga kepada dua orang pemandu jalan kami iaitu seorang dari jabatan perhutanan dan seorang lagi ialah polis renjer perhutanan untuk memastikan kami selamat ketika memburu gambar terbaik.

Dibawah adalah pepatung biru yang jinak bertenggek gagah melawan angin ketika saya sedang mengabadikan gambarnya.

Suasana perjalanan dalam kawasan kayu bakau yang terbaik dirantau ini amat menyeronokkan disamping mengenali nama kayu bakau yang berlainan jenis.

Keunikan akarnya bercorak abstrak menambahkan cantik pokok ini.

Daun pokok bakau serta bunganya yang terjatuh menyangkut di daunnya.

Kayu bakau yang sudah tua dan tinggi amat cantik diperhatikan dari bawah.

Bergambar ramai untuk kenangan sebelum bertolak dari Pulau Selirong dan menuju ke Pulau Baru-Baru untuk menikmati makan tengah hari.

Ini lah Pulau Baru-Baru yang menjadi tempat pemantauan unit khas askar diraja untuk memastikan perairan kita selamat. Sebahagian penduduk Pulau Baru-Baru ini telah berhijrah ke skim perumahan Sungai Bunga. Hanya dua keluarga yang masih tinggal sini. Salah satu keluarga ialah keluarga Hj Jaini yang menyambut kami dengan mesra dan menghidangkan makanan tengah hari yang menyelerakan.Terima kasih kami ucapkan.

Saturday, August 2, 2008

Wajah-Wajah Abadi 2008

Pameran Fotografi khas yang membawa tema WAJAH-WAJAH ABADI yang diadakan sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke-62 Tahun telah dilancarkan pada 22hb Julai 2008.

Pelancarannya dirasmikan oleh tetamu kehormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yussof Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Seterusnya tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang yang mengikuti peraduan fotografi wajah-wajah abadi yang bertemakan Wajah-Wajah abadi(terbuka),Wajah-Wajah abadi(V.I.P),Bersama Rakyaat dan Brunei Hari Ini.

Teman saya Adi putera telah meraih tempat pertama kategori potret wajah-wajah abadi. Antara teman yang menerima hadiah ialah Hamid HAR dan Pengeran Dahlan.

Cendera mata yang disampaikan oleh presiden Persatuan Jurufoto Negara Brunei Darussalam kepada tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Pehin dibawa ke galleri photo untuk melihat hasil seni karya fotografer tempatan yang dipertandingkan.


Gambar yang membuat saya memenagi tempat keenam pada pertandingan kali ini. Saya ucapkan tahniah Persatuan Jurufoto negara Brunei Darussalam kerana mengendalikan majlis serta pertandingan seperti ini. Diharap ramai lagi fotografer tempatan ditahun akan datang menyertainya untuk meninggikan mertabat seni fotografi tanahair.

Friday, July 25, 2008

Bilik khas Kelab fotografi BSRC

BLNG MD memegang anak kunci bagi membuka rasmi bilik khas kelab fotografi BSRC.

Pembukaan rasmi bilik khas kelab fotografi telah dilakukan oleh Managing Direktor Brunei LNG SDN BHD, Tuan Hj Salleh Bostamam. Lebih kurang 20 orang ahlinya menghadiri acara tersebut. Bilik khas itu mempunyai ruang untuk mini studio,ruang IT dan komputer. Selaku presiden kelab Hj Mohd husaini membawa tetamu kehormat meninjau lebih dekat lagi dengan faksiliti2 yang terdapat didalamnya. MD sendiri memang meminati dunia fotografi ini dan memberi beberapa pendapat beliau kepada kelab ini.

Tuan Hj Salleh MD BLNG ketika mendengar serba sedikit penerangan dari ketua kelab fortografi.
Selain itu pertunjukan gambar mengunakan slide juga salah satu agenda pada petang itu.
Dan beberapa peranchangan pengambaran telah disusun oleh kelab ini bagi ahli2nya untuk masa akan datang. Dengan adanya kemudahan bilik khas ini nanti ahli2 akan dapat berkongsi maklumat fotografi,gambar dan mempelajari teknik2 pencahayaan.

BPJ:
Tahniah kelab fotografi BSRC diatas pembukaan rasmi bilik khas untuk mempelajari dan menilai hasil pengambaran. BPJ tumpang gembira kerana adalah salah satu kemajuan yang dicapai oleh ahli2 kelab. Terima kasih diatas menjemput BPJ untuk menghadiri dimajlis upacara pembukaannya.Bpj akan sentiasa memberi khikmat dimasa akan datang jika diperlukan.

Thursday, July 17, 2008

Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang ke 62 Tahun

Ketibaan KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH, SULTAN DAN DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM di sambut mesra oleh rakyat jelata. Detik bersejarah ini digunakan sebaiknya oleh para peminat fotografi untuk mengabadikannya.

Tembakan meriam......

Para photografer sedang beraksi mengambil shot yang terbaik...

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH, SULTAN DAN DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perbarisan berjalan lalu kehadapan majlis........


Tan Sri Dato' Sri Musa Dato Haji Hassan,Ketua Polis Negara malaysia ketika berangkat hendak menuju ke Istana Nurul Iman.



Baginda Sultan bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebelum berangkat meninggalkan Majlis.